KUALA LUMPUR: Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara itu akan dilakukan susulan keputusan Jemaah Menteri semalam yang memutuskan bahawa projek pembinaan PJD Link Expressway tidak akan diteruskan lagi.
"Projek PJD Link sepertimana yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam memang itulah keputusan Kabinet ... tepatlah yang dinyatakan (bahawa) PJD Link ini sudah terbatal sebab ia telah diberi tempoh.
"Jadi, semasa tempoh itu tamat ia tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan ... oleh sebab itu, ia sudah terbatal dengan sendirinya," katanya kepada media pada Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan anak syarikat bersama industri di Pusat Konvensyen CIDB hari ini.
Dalam pada itu, Nanta berkata setakat ini, pihaknya tidak pasti sama ada kerajaan perlu membayar sebarang pampasan kepada pemaju berhubung pembatalan projek terbabit.
"Buat masa sekarang, saya belum pasti lagi. Kita tengoklah ... saya ingat mungkin tak ada, sebab itu kita perlu semak," katanya.
Sementara itu, pemaju PJD Link (M) Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memberitahu syarikat itu mengambil maklum pengumuman Kabinet mengenai projek PJD Link dan menunggu untuk dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan.
"Syarat yang tidak dipenuhi sepertimana dikatakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, sebenarnya disebabkan oleh syarat duluan atau Conditions Precedent (CP) yang mengambil masa lebih lama daripada jangkaan kerana kerumitan projek berkenaan.
"Kami bersungguh-sungguh dengan peluang untuk menangani sebarang salah tanggapan berhubung PJD Link dan terlibat dalam perbincangan berterusan tentang projek infrastruktur penting ini, yang menjanjikan manfaat sosioekonomi yang ketara dan berkekalan," menurut kenyataan itu.
PJD Link ialah pemegang konsesi bagi cadangan PJD Link Expressway iaitu lebuh raya berkembar dua lorong sepanjang 25.4 kilometer yang bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya SPRINT, Damansara dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.
Semalam, Fahmi memaklumkan Jemaah Menteri memutuskan bahawa projek pembinaan PJD Link Expressway tidak akan diteruskan selepas pemajunya, PJD Link (M) Sdn Bhd tidak memenuhi sejumlah syarat yang diperlukan.
Beliau berkata keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada pelanjutan masa selepas syarat-syarat yang ditetapkan masih gagal dipenuhi oleh pemegang konsesi projek terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024
Nanta (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Interaksi dan Sambutan Aidilfitri CIDB Malaysia dan anak syarikat bersama industri di Pusat Kovensyen CIDB, hari ini. - Foto Bernama
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
US$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
Bank Negara Malaysia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.35 bilion.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).